Beli Rumah Tanpa Rugi v.1

Khas untuk mereka yang nak beli rumah pertama tapi takut dengan risiko kerugian

BONGKAR STRATEGI BELI RUMAH PERTAMA TANPA RISIKO RUGI BERATUS RIBU RINGGIT


Daftar Untuk Sertai Webinar


As Featured In:

Tahukah anda 90% daripada pembeli rumah pertama hari ini mengalami kerugian. Kenapa?

Hari ini ramai yang takut nak beli rumah gara-gara harga pasaran yang tak relevan. Ada rumah tak besar mana pun, tapi disebabkan kawasan tengah bandar, pemaju letak harga kapak – sampai RM1j pun ada!

Ini sebab kenapa orang muda ramai pilih untuk menyewa. Satu, sebab takut jika nilai hartanah yang dibeli hari ini (dengan harga mahal tu) akan turun harga atau tak ada nilai sewaan, jadi liabiliti seumur hidup.

Dua, disebabkan harga yang terlampau mahal tu, mereka tak mampu untuk beli satu pun hartanah dan duduk menyewa sampai dah beranak pinak.

Tapi jangan risau, kami ada solusi untuk kedua-dua isu ini.

Macam mana nak beli rumah tanpa risiko untuk rugi?



Beli pada harga yang takkan rugi

Beli dengan potongan harga 20% – 30% dari yang dibeli oleh orang lain.

Kalau orang lain beli rumah harga RM700K, dapatkan rumah yang sama dengan harga RM650K atau RM600K; jadi awal-awal kita dah untung banyak berbanding pembeli lain.



Beli rumah yang anda boleh sewakan

Jika anda beli rumah bukan untuk kegunaan sendiri atau own-stay, cari rumah yang anda boleh sewakan. Lain rumah, lain lokasi, lain keperluan, lain nilai sewaannya.

Tapi jangan cari yang sekadar boleh sewa, cari yang nilai sewaannya boleh cover sekurang-kurangnya 70% dari installment tiap bulan. Lagi baik kalau anda boleh buat untung darinya.



Beli mengikut keperluan anda dalam 5 tahun akan datang

Keperluan anda pada hari ini tak semestinya sama dengan apa yang anda perlukan 5 tahun akan datang.

Kalaulah kita hari ini seorang bujang, beli rumah yang ada sampai 4 buah bilik tapi akhirnya tak tahu apa nak dibuat dengan ruang sebesar tu, dan bergelut nak tampung installment tiap bulan. Rumah 4 bilik tak murah ya, apa kawasan sekalipun.

Jadi lebih baik jika dalam fasa bujang ni, beli rumah yang kita boleh buat tiga-tiga; boleh duduk sendiri, boleh sewakan bilik lain dan boleh dijual semula nanti.

Persoalannya, adakah mudah untuk kita cari rumah yang tepati semua kriteria di atas? Ya, dah tentulah tidak.

Jadi jika anda nak beli rumah pertama tapi takut rugi besar, tak ada masa nak buat research dan tak ada ‘unfair advantage’…

Anda
WAJIB
sertai webinar di bawah.​

Apa anda akan dapat dalam webinar ini?

Lebih 22,000 orang sudah jadi klien FAR Capital. Mereka juga sama seperti anda.



Previous
Next

Nak tahu bagaimana mereka buat?

Jom isi borang di bawah dan jumpa kami di webinar Ahad ini. Jangan risau, kita nak ajar ilmu ratus ribu ni FREE je!

Pendedahan Risiko: Sebelum membuat keputusan untuk melabur dalam hartanah atau hartanah, anda harus dimaklumkan sepenuhnya tentang risiko dan kos yang berkaitan dengan pelaburan dalam hartanah atau hartanah, mempertimbangkan dengan teliti objektif pelaburan anda, tahap pengalaman dan selera risiko, dan dapatkan nasihat profesional di mana perlu.FAR Capital & FAR Academy ingin mengingatkan anda bahawa data yang terkandung dalam laman web ini tidak semestinya masa nyata dan tidak tepat. Data dan harga di tapak web tidak semestinya disediakan oleh mana-mana pasaran atau pertukaran, tetapi mungkin disediakan oleh pembuat pasaran, dan oleh itu harga mungkin tidak tepat dan mungkin berbeza daripada harga sebenar di mana-mana pasaran tertentu, bermakna harga adalah petunjuk dan bukan sesuai untuk tujuan pelaburan. FAR Capital dan mana-mana pembekal data yang terkandung dalam laman web ini tidak akan menerima liabiliti untuk sebarang kehilangan atau kerosakan akibat daripada pelaburan anda, atau pergantungan anda pada maklumat yang terkandung dalam laman web ini.Dilarang menggunakan, menyimpan, mengeluarkan semula, memaparkan, mengubah suai, menghantar atau mengedarkan data yang terkandung dalam laman web ini tanpa kebenaran bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada FAR Capital dan/atau pembekal data. Semua hak harta intelek adalah terpelihara oleh penyedia dan/atau bursa yang menyediakan data yang terkandung dalam laman web ini.FAR Capital mungkin diberi pampasan oleh pengiklan yang muncul di tapak web, berdasarkan interaksi anda dengan iklan atau pengiklan.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *